Tuesday, August 4, 2009

6 Months Already....

This hero of ours is already 6 months old. Gambar dgn umi-nya menunjukkan beberapa jam sebelum transformasi. Gambar di bawah sudah di transformers-kan dan menjadi geng botak (well almost botak ler...) or "shaolin soccer"...(bukanlah betul2 shaolin tu...jgn salah anggap pulak..)..

Saturday, August 1, 2009

Arghhh..... ekspressi dirimu.. hmmm. Sakit gigi adalah sesuatu yg sgt sukar digambarkan. Kesakitan itu bukan hanya di gigi atau gusi saja, tapi merebak sampai ke saraf otak. Pernahkah anda tahu bahawa kesakitan gigi yang terlampau boleh membawa kepada serangan jantung dan seterusnya kematian??? Mungkin ada yg tahu dan mungkin ada yg tidak. Kadar denyutan yg dihantar ke saraf otak adalah sesuatu yg diluar kawalan. Waktu malam nak tidur adalah yg paling menyeksakan. Apatah lagi nak makan kalau kita hanya guna sebelah kawasan saja utk memamah makanan.
All n all makes us wonder.... ini baru satu cubaan yg Allah berikan. Belum yg lain lagi. So, nak komplen lebih-lebih, mmg tak wajar lah. Tapi, apa yg wajar adalah carilah ubat untuk menahan dulu kesakitan gigi sebelum berjumpa dgn doktor. PONSTAN boleh kut.... layan je la.
hmmm...nak wat cam mana..
..wajah ahli fikir yg dah kurang rambut..

5 bulan dah...

Thinking....hmmm
Sleeping better than thinking..

Hey.....paparazzi... (telinga umi dia tu + keturunan abah dia juga ler)

Bertambah lagi besar...

just wanna say hi.... HI..
Hmmm....sleepy...
Waaa...kamera tgh fokus...
Aiyaa....
Sebelum tidur...kita kena doa. Tapi dugaan ibu jari tangan sgt kuat.

Dah besar sikit...



kecik-kecik dah senyum...hmmm... dari sapa dia dapat tu... (abah ke umi nya)

Wan Amsyar Dini


Di saat baru lahir seorang insan tanggal 27 Januari 2009 jam 10.10 malam. Tangisan yg pertama ku dengar cukup membuat datangnya satu perasaan baru yg tak pernah dirasai
(sajak ke aper ni...hentam je la, dah mmg tu pun).


tatkala diazankan pada telinga kanannya, beginilah mukanya yg pertama kali ku lihat sambil matanya terbuka perlahan-lahan. dan pada masa ku iqamah di telinga kirinya, matanya beransur tutup kembali, seperti ingin kembali menyambung tidurnya. 6 tahun ku tunggu utk melihat ini, akhirnya permintaan kami dimakbulkan Allah. Maka segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah di atas hadiah yang paling berharga bagi setiap insan yg bergelar ibu & bapa.